Thursday 15 January 2015

Tip Merekod Kewangan Anda Versi Smartphone



Pernahkah anda menghadapi situasi seperti dialog di bawah ini.

" Eh..mana pergi gaji aku ni. Rasa-rasa takdelah banyak sangat aku belanja bulan ni "

Ini adalah situasi biasa apabila baki duit di dalam akaun bank kita semakin menyusut. Tambahan lagi apabila berada dipertengahan bulan. Gaji pula lambat lagi TAPI duit untuk belanja semakin kurang.

Pada saat ini JIKA kita tidak belanja secara berhemah, kelak ia mengundang masalah pada diri dan keluarga anda. Jadi anda perlu lakukan sesuatu yang terbaik untuk menguruskan kewangan anda.


Buat pengetahuan anda, sebelum ini saya tidak pernah ambil kisah tentang kepentingan merekod perbelanjaan saya. Bila sampai hari gaji, saya akan ingat-ingat kembali apa yang saya belanja untuk gaji bulan lepas.

Kebiasaanya kita hanya boleh ingat perbelanjaan yang besar-besar sahaja TETAPI persoalan seperti dialog di atas tadi pasti bermain-main difikiran saya.


REKOD KEWANGAN ANDA

PENTING untuk kita merekod setiap perbelanjaan yang kita lakukan. Pada pandangan peribadi saya, kehidupan kita umpama pinsip perakaunan. Kita perlu menilai kembali apa yang kita telah lakukan dan ilmu perakaunan untuk sesi kehidupan tidaklah semestinya wang.

Saya masih teringat dengan seorang rakan sekerja saya. Dia berbangsa cina. Jika bab merekod kewangan pasti beliau saya jadikan tauladan walaupun bagi saya, ada bahagian yang nampak remeh.

Anda cuba bayangkan, setiap perbelanjaan yang beliau, isteri dan anak-anak lakukan akan direkod. Beliau akan meyimpan setiap bukti pembayaran seperti resit dan sebagainya untuk rujukan. Sehinggakan slip gaji dari awal permulaan beliau bertugas di syarikat juga disimpan rapi.

Lebih meremehkan lagi pada pandangan saya, andai isterinya pergi shopping sekalipun, rakan sekerja saya itu akan bertanyakan resit pembayaran daripada isterinya dan meneliti apakah barangan yang telah dibeli oleh isterinya satu per satu.

Boleh dikatakan setiap perbelanjaan akan direkod. 

Hasil yang saya dapat lihat dari apa yang rakan cina saya telah lakukan, kehidupan beliau kini bebas dari hutang dan memiliki aset lebih RM 1 Juta. Mungkin itulah hasilnya JIKA kita serius merekod setiap kewangan yang dibelanjakan.

Anda dapat idea kat situ ?


TEKNIK MEREKOD PERBELANJAAN VERSI SMARTPHONE

Saya ingin berkongsi kepada anda pembaca blog ini tentang salah satu teknik merekod perbelanjaan paling mudah dengan hanya menggunakan handphone anda.

Sebelum saya mampu menggunakan smartphone, rekod perbelanjaan dan pendapatan yang saya lakukan hanyalan secara manual dengan menggunakan program Microsoft Excel. Anda tentukan biasa dengan program ini kan. Tapi biasalah apabila menggunakan cara manual pasti tidak bertahan lama.

Lama kelamaan saya mencari apakah applikasi terbaik untuk memudahkan kerja saya merekod perbelanjaan dan pendapatan saya pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

Saya terjumpa applikasi Hello Expense. Ia satu applikasi merekod perbelanjaan versi smart phone terbaik bagi pandangan saya.

Saya ingin mencadangkan anda yang menggunakan smartphone untuk memuat turun applikasi Hello Expense di sini !




Applikasi ini sangat MUDAH serta MESRA pengguna. Kita boleh merekod setiap perbelanjaan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Antara bantuan applikasi Hello Expense tawarkan adalah seperti berikut.


1) Rekod perbelanjaan dan pendapatan

2) Boleh ubah kategori dan nilai matawang

3) Multi-currency dan millage

4) Boleh lihat data keseluruhan mengikut kategori, hari, minggu dan bulan.

5) Boleh lihat kategori secara carta pie

6) Boleh lihat data secara graf barisan

7) Spreadsheet dan QIF Export

8) Backup / Restore

9) Bluetooth sync (beta)

10) dan macam-macam lagi...


Ia adalah percuma dan yang penting ia tidak diselitkan dengan iklan-iklan.

Anda boleh review sendiri melalui smartphone anda dan lihat kelebihannya.

Jika anda benar-benar ingin mengurus kewangan anda secara serius perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah merekod semua perbelanjaan dan pendapatan anda.


KESIMPULAN

Tiada cara lain lagi untuk kita kenal pasti setiap perbelanjaan yang dilakukan selain dari kita merekodnya. Ramai dikalangan usahawan yang berjaya merekod setiap transaksi dalam perniagaan mereka. Pakar-pakar kewangan pasti akan menekankan aktiviti merekod perbelanjaan adalah sangat penting dalam pengurusan bisnes. 

Jika anda sebagai usahawan, tidak kiralah usahawan kecil atau besar ingin tahu cara bagaimana menguruskan urusan perakaunan perniagaan anda, saya cadangkan anda dapatkan Ebook Panduan Perakaunan DI SINI !

Semoga info pada post saya kali ini membantu anda. Sila LIKE fanpage blog ini untuk saya kemaskini info bermanfaat tentang kewangan di Facebook. Sila LIKE di sini !

Penulis suka berkongsi informasi bermanfaat kepada semua pembaca budiman. Seorang usahawan internet separuh masa yang mengimpikan kehidupan yang bebas dari hutang. Semoga maklumat dalam blog ini memberi manfaat kepada anda. Sila LIKE dan SHARE sekiranya informasi blog ini membantu anda. Terima kasih.

Comments


EmoticonEmoticon