Wednesday 11 June 2014

7 Faedah Amalan Menabung



Kuasa menabung jangan diabaikan. Saya menggunakan perkataan kuasa kerana sikap menabung ini memerlukan disiplin yang tinggi. Kita perlu kuat dari segi objektif ataupun tujuan mengapa perlu menabung.

Banyak kelebihan jika kita mengamalkan sikap menabung dan saya pernah kupas serba sedikit pada post yang lepas. Cuba search pada kotak disebelah kanan pada bahagian paling atas untuk perkataan menabung. Insyaa Allah anda akan jumpa tajuk yang berkaitan menabung.

Pada kali ini saya ingin berkongsi kepada anda 7 faedah amalan menabung dan saya harap informasi ini memberi manfaat kepada anda kelak.

Monday 2 June 2014

3 Musuh Utama Untuk Bebas Dari Hutang



Matlamat kewangan yang sebenar adalah untuk bebas dari hutang. Kita boleh tanya cara hidup mereka yang sedang merasai hidup tanpa berhutang. Walaubagaimana pun untuk mencapai bebas dari hutang sudah pasti ada penghalang-penghalang yang menggagalkan misi untuk bebas dari hutang. Betul tak ?

Sesuatu perkara yang menjurus kepada kebaikan pasti ada cabaran yang perlu ditempuh. Cabaran-cabaran yang ada dalam diri kita dan juga sekeliling diri kita menjadi penyebab kegagalan untuk bebas dari hutang.

Saya ingin kongsikan sedikti info dari penerangan salah seorang pakar kewangan Malaysia iaitu Sunthara Segar. Beliau adalah salah seorang rujukan saya untuk ilmu tentang kewangan. Saya telah membeli beberapa buku tulisan beliau yang banyak dipasaran. Bagi pendapat saya penerangan beliau cukup menarik serta mudah faham. Cuba anda search nama beliau di enjin carian anda.