Monday 26 May 2014

Kuasa 10% Simpan Wang Bagi Yang Sukar Menyimpan Wang

Sering kita membaca dan mendengar saranan 10% daripada pendapatan hendaklah disimpan terlebih dahulu sebelum melakukan perbelanjaan lain.

Betul tak ?

Walaupun secara amnya ramai yang tahu tentang kelebihan dan kepentingan menyimpan wang, namun ramai yang sukar mendisiplinkan diri untuk melakukannya. Ia turut terjadi kepada saya suatu masa dahulu.

Persoalannya adalah disiplin diri untuk menyimpan 10% dari sumber pendapatan.

Salah satu cara yang saya lakukan untuk menyimpan wang TANPA disedari adalah dengan cara memotong secara AutoDebit dari gaji bulanan saya. Melalui cara ini kita tak sedar apa yang berlaku pada baki simpanan kita. Apa yang penting kita jangan ambil kisah apa yang berlaku pada akaun bank itu. Oh ya....kalau boleh tetapkan akaun bank yang lain dari bank yang menyimpan gaji bulanan anda.

Oklah kita balik kepada topik.

Sunday 25 May 2014

5 Tip Kewangan Yang Bermanfaat Dari Irfan Khairi

Salam hormat,

Terima kasih kerana sudi menjengah blog ini. Seperti biasa pemilik blog ini suka berkongsi maklumat tentang kewangan kepada anda.

Saya sebenarnya tertarik dengan 5 tip kewangan yang bermanfaat dari facebook Irfan Khairi dan ia bermanfaat kepada anda dan juga saya. Insyaa Allah.

Topik berkenaan kewangan jarang dibincangkan tetapi kebanyakan masalah berlaku disebabkan kurang ilmu tentang kewangan. Antara 5 tip kewangan yang dikongsikan oleh beliau antaranya...