Wednesday 22 January 2014

Strategi Penjimatan Yang Masih Ramai Tidak Ketahui


Ekonomi global hari ini menyebabkan langkah-langkah penjimatan harus kita lakukan untuk mengatasi kadar inflasi agar tidak sampai ke tahap yang membimbangkan. Kita harus yakin bahawa kerajaan sentiasa mengatur langkah-langkah untuk mengawal kadar inflasi agar rakyat tidak menghadapi masalah kos kehidupan yang semakin meningkat.

Sebagai rakyat marhein khasnya dan pengguna amnya hendaklah mengatur strategi untuk melakukan penjimatan dan dalam masa yang sama meningkatkan pendapatan. Tindakan seperti ini harus dimulakan dengan minda yang positif agar setiap langkah yang kita lakukan menjadi lebih pro aktif.


Langkah Penjimatan Sebagai Sebahagian Kehidupan

Di sini saya ingin berkongsi langkah penjimatan yang harus kita jadikan sebahagian dalam kehidupan kita. Penjimatan di sini bukanlah menjadikan kita sebagai bakhil tetapi penjimatan yang sekadarnya yang ramai masih tidak tahu.

Pendapatan yang kita perolehi hendaklah diasingkan untuk simpanan sekurang-kurang 10 peratus daripadanya. Sudah semestinya kita harus mengambil kira hutang yang perlu kita langsaikan. 

Setiap hutang yang telah kita selesaikan hendaklah menjadikan nilai hutang lain boleh diselesaikan dengan lebih awal. Sebagai contoh jika kita berjaya melunaskan hutang peti ais yang kita lakukan secara bulanan sebanyak RM 100. Nilai RM 100 tu kita tambah pula bayaran hutang untuk kad kredit kita pula. Begitulah seterusnya.

Jika anda perlu membuat pinjaman, sebaik-baiknya buatlah pinjaman peribadi berbanding menggunakan kad kredit. Faedah pinjaman kebiasaannya berbeza mengikut jenis pinjaman dan keadaan kewangan anda.

Bagi kemudahan berhubung seperti telefon dan internet, disarankan melanggan secara berpakej. Elakkan melanggan secara berasingan. Ini juga merupakan langkah penjimatan yang disarankan.

Dari sudut pembelian kereta pula anda disarankan membuat pilihan membeli kereta 'second hand'. Ini kerana anda dapat berjimat kira-kira 30 peratus daripada nilainya, iaitu kadar susut nilai untuk dua tahun yang pertama. Anda dinasihatkan membeli daripada peniaga yang menawarkan jaminan yang baik bagi mengelak sebarang masalah mekanikal dikemudian hari.

Jika anda melanggan untuk insuran pula anda disarankan memiliki setiap polisi dari syarikat insuran yang sama. Dengan memiliki polisi insuran dari syarikat yang sama anda dapat membuat penjimatan sebanyak 20 peratus. Disamping itu, dengan pembayaran satu ansuran bulanan  sebelum tarikh akhir, surcaj dapat dijimatkan untuk pekhidmatan seperti ini.

Itulah beberapa idea penjimatan yang dapat saya kongsikan pada post kali ini.

Akhir sekali sebelum saya akhiri post , saya ingin kongsikan satu peluang percuma bagaimana anda dapat mengurangkan bayaran bulanan pinjaman perumahan anda. Saya sarankan anda terus daftar beberapa maklumat pada banner yang saya sediakan di bawah ini ! Sekian. Terima kasih.





Penulis suka berkongsi informasi bermanfaat kepada semua pembaca budiman. Seorang usahawan internet separuh masa yang mengimpikan kehidupan yang bebas dari hutang. Semoga maklumat dalam blog ini memberi manfaat kepada anda. Sila LIKE dan SHARE sekiranya informasi blog ini membantu anda. Terima kasih.

Comments


EmoticonEmoticon