Monday 8 April 2013

Belanja Kahwin Jadi Mimpi Ngeri Bagi Pengantin Lelaki

"Mak aiii...macammana aku nak kahwin tahun depan ni kalau duit simpanan masih macam nie (tahap cukup makan jer)" keluhan bakal pengantin lelaki.



Dialog di atas mungkin antara keluhan bakal pengantin lelaki kerana...



...kebanyakan lelaki pada zaman ini menjadi takut untuk berkahwin apabila melihat kos hantaran, maskahwin, perbelanjaan untuk bertunang sehinggalah ke majlis perkahwinan. Setiap perbelanjaan ini yang membebankan serta menjadi mimpi ngeri kepada bakal pengantin zaman ini.




Kredit gambar dari www.maskahwin.com



Trend perkahwinan seperti ini sedikit sebanyak menjadikan peningkatan masalah perhubungan haram berlaku di Malaysia dari tahun ke tahun. Bayangkan sekiranya lulusan ijazah yang tamat pengajiannya memperolehi gaji dari RM1500 ataupun RM1800 sebulan. Setelah tolak KWSP dan zakat, gaji kini berbaki RM1500. Dengan baki inilah peruntukan untuk...