Posts

Showing posts from November, 2011

Nilai Emas : Apabila Telah Balik Ke Asal...Emas Tetap Menjadi Pilihan.

Image
Siapa sangka apabila aqal manusia yang mencipta wang dari sekeping kertas untuk dinilai pada angka kini menjadikan ia jatuh dan naik dengan tidak menentu. Corak kehidupan manusia boleh berubah hanya dengan kertas-kertas ini. Bukan nilai wang itu yang penting untuk dibicarakan di sini tetapi adalah tipu helah yang dimainkan oleh puak kapitalis.
Siapa yang menjadi mangsa ?? Baiklahhh....
Kali ini saya ingin kongsikan satu video untuk muhasabah diri kita bersama. Akhirnya manusia kembali kepada barangan komoditi seperti emas, perak dan lain-lain sebagai perantara urusan jual beli. Video rencana khas yang dirakam dari negara Zimbabwe menunjukkan bagaimana susahnya kehidupan mereka dan sekali lagi peranan kapitalis mengaut keuntungan dari harga produk komoditi ini.
Mari sama-sama kita saksikan.





Cara Mengelak Berbelanja Mengikut Hati

Image
Salam hormat ;

Sila jawab soalan di bawah ini sejujurnya :

Pernahkah pasangan ataupun rakan kongsi anda komplen bahawa anda berbelanja terlalu banyak ?Pernahkah anda menerima bil kad kredit dan anda terkejut kerana ia melebihi apa yang anda sangkakan ?Pernahkah anda melihat di dalam almari baju anda terdapat banyak kasut dan baju yang masih banyak lagi yang belum dipakai ?Pernahkah anda membeli sesuatu yang tidak dirancang tetapi setelah ke sesebuah kedai anda boleh terbeli dek kerana paparan barang di kedai itu sendiri ?Pernahkah anda mempunyai tabiat membeli gadget yang terbaru sehinggakan belum pun sempat gadget2 di kedai sempat berhabuk ( laku macam pisang gorenglah katakan ) ?
Jika semua jawapan bagi soalan-soalan di atas adalah "YA", ia boleh dikategorikan perbelanjaan mengikut gerak hati ataupun nafsu.
Ini bukan satu perkara yang baik sebenarnya. Ia akan mencegah anda daripada menyimpan wang untuk perkara-perkara yang lebih penting seperti rumah, kereta baru, percutian da…

Permainan "Kutu" vs Syariah + Undang-Undang

Image
Permainan "Kutu" ? Siapa yang tak pernah dengar kan. Saya sendiri pun pernah beberapa kali bermain permainan kutu. Terfikir jugak kenapa pulak dinamakan kutu. Kalau nak diikutkan pada maksud kutu tu sendiri adalah sejenis parasit penghisap darah yang biasanya hidup di bahagian kepala. Takkan permainan kutu ni macam "penghisap darah" pula kan.
Apa yang saya nak kongsikan pada post kali ini adalah mengenai hukum dan adakah ia sah dari segi undang-undang negara Malaysia. Kebanyakan daripada kita mungkin tak ambil kisah mengenainya. Saya bukanlah insan yang berhak untuk bercerita mengenai hukum permainan "kutu" dari segi syariah. Apa yang dikongsikan nanti adalah pandangan dari pakar dalam bidang kewangan mengikut syariah. Siapa yang kenal dengan UZAR ataupun Ustaz Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman.
Ada persoalan yang dibincangkan daripada seseorang yang musykil mengenai permainan "kutu". Soalannya adalah seperti berikut :
" Ustaz, saya nak tanya tentan…

Update di FB