Monday 10 October 2011

Bijak Wang Bersama Dr Niki Shuhada Shukor

Salam hormat kepada anda. Terima kasih kerana sudi mengunjungi laman blog ini.

Pada post kali ini saya ingin berkongsi kepada anda video perkongsian daripada seorang pakar kewangan bernama Dr Niki Shuhada Shukor. Saya suka cara penyampaiannya yang jelas dan mudah difahami. Melihat dari cara penyampaiannya sahaja membuktikan bahawa kesedaran tentang pentingnya mengurus wang dengan cara yang bijak perlu ditekankan kepada semua orang.

Saya letakkan ketiga-tiga bahagian rakaman suara ketika ke udara di saluran Radio 24 yang bertajuk "Bijak Wang". Semoga ia bermanfaat kepada anda.

Part 1



Part 2




Part 3



Sunday 9 October 2011

Cara Letak Kode Untuk Harga Petrol Dan Emas Terkini Dunia

Salam hormat kepada pengunjung blog ini. Di sini saya ingin berkongsi  kepada anda cara-cara untuk meletakkan widget harga terkini petrol dan emas ke dalam blog anda. Khas kepada mereka yang menggunakan blogger.com sahaja.

Anda boleh tentukan sendiri posisi mana untuk anda meletakkan widget seperti di bawah ini.




Harga pasaran untuk produk komuniti dunia ini sentiasa di kemaskini dari masa ke semasa. Berikut adalah cara-caranya.

Langkah 1
Sila layari laman web oil-price.net

Langkah 2
Cari widget yang anda fikir sesuai untuk anda dimasukkan ke dalam website anda. Tetapi saya ingin memberi peringatan, hanya untuk satu widget sahaja dibenarkan untuk satu laman web ataupun blog anda.

Langkah 3
Cara masukkan kode ke dalam blog anda.

Anda LogIn ke dalam blogger dashboard anda. Kemudian klik Design.


Langkah 4
Klik Add a Gadget seperti gambarajah di bawah ini. Sebagai contoh saya ingin meletakkan widget kode di bahagian atas sebelah kanan blog anda.


Langkah 5
Klik HTML/JavaScript seperti gambarajah di bawah ini.


Langkah 6
Memasukkan widget kode yang telah anda Copy kemudian Paste di dalam kotak yang disediakan seperti gambarajah di bawah ini.


Langkah 7
Jangan lupa klik SAVE untuk melihat hasilnya nanti.


Langkah 8
Dah habis dah. Anda boleh melihat hasilnya dengan cara refresh laman blog anda. Gambarajah di bawah ini adalah contoh dari blog saya.


Di harap informasi dibawah ini membantu anda untuk melihat data kemaskini untuk harga petrol dan emas dunia. Jumpa lagi di post yang lain. Terima kasih.



Tuesday 4 October 2011

Jimatkan Wang Sambil Bijak Berbelanja

Adakah anda sedar bahawa setiap minggu di kedai-kedai runcit dan kedai perkakas naik beberapa sen setiap kali membeli-belah ? Walaupun naik tu taklah banyak ... hanya beberapa sen setiap minggu dan mereka akan terus naikkan harga dari masa ke semasa tanpa kita sedari.

Tambahan pula jika barangan keperluan yang ditentukan harganya mengikut pasaran dunia. Lihatlah harga petrol itu sendiri kerana ia berkaitan dengan hal ehwal dunia kan.

Terdapat satu cara untuk kita masih lagi tetap berbelanja walaupun dengan kenaikan harga ini tanpa memberi kesan kepada kewangan peribadi yang terlalu banyak iaitu dengan cara membeli dalam kuantiti dan mencari harga barangan yang kita rasa munasabah untuk dibeli.

Sediakan beberapa ruang di rumah anda untuk meyimpan barang yang kerap digunakan. Produk-produk seperti bijirin, gula, garam, tepung, beras dan seumpamanya perlu disimpan dalam bekas yang kedap udara dan mengelakkan serangga dan tikus tidak boleh masuk ke dalamnya.

Kemudian tetapkan diri ketika berbelanja untuk mencari harga yang terbaik bagi perkara-perkara seperti peralatan bilik mandi, makanan kering dan makanan dalam tin.

Anda boleh membeli beberapa barangan pakaian seperti sarung kaki (stoking) dan seluar dalam kerana dari segi gaya memang tak akan berubah. Elakkan pembaziran membeli pakaian kanak-kanak dan pakaian wanita kerana gaya dan saiz sentiasa berubah. 

Akhir sekali saya nasihatkan cuba untuk memperoleh barangan yang digunakan untuk dua tahun kerana ia boleh dijimatkan untuk beratus-ratus RM sebenarnya.

Selamat mencuba.



Monday 3 October 2011

Kenapa Saya Patut Bajet Wang ?


Pernahkah anda berkata bahawa anda tahu ke mana perginya wang yang telah anda belanjakan dan anda berfikiran tak perlu merekod perbelanjaan ? Saya ingin mencabar anda supaya mengingati setiap sen yang anda telah belanjakan dalam masa sebulan.

Anda akan terperanjat dengan apa yang dibelanjakan. Sebagai contoh anda ambil jumlah yang telah dibelanjakan ke atas salah satu item yang tidak perlu bagi bulan itu, ia akan bertambah selama 12 bulan dalam masa setahun dan dikalikan pula dengan 5 untuk mewakili 5 tahun.

Hasilnya adalah berapa banyak sepatutnya anda dapat simpan dan keuntungan yang sepatutnya anda perolehi dalam masa lima tahun. Disebabkan itulah kita semua memerlukan perancangan untuk bajet wang.

Jika kita boleh mengawal perbelanjaan kita yang  kecil dalam kehidupan kita, insyaallah kita dapat menikmati kejayaan dalam kewangan.

Antara perkara kecil yang boleh dilakukan pengiraan sebagai contoh anda memotong apa yang anda belanjakan untuk makan tengah hari daripada RM5 kepada RM3 sehari pada setiap waktu bekerja. Jika seminggu anda telah jimat sebanyak RM10 ... sebulan RM40 ... dan dalam tempoh 5 tahun sebanyak RM2400.

Bagaimana...anda faham apa yang saya maksudkan melalui kiraan anggaran itu tadi.  Ia benar-benar perkara yang kecil dan anda tetap makan tengah hari setiap hari dan sebahagian penjimatan perbelanjaan tadi anda boleh simpan tanpa perlu melakukan perkara-perkara yang tidak memberi faedah. Sebenarnya terdapat banyak perbelanjaan yang boleh dikurangkan jika anda benar-benar merancang bajet harian anda.

Tetapkan matlamat jangka panjang dan matlamat jangka pendek. Jika ia penting kepada anda, maka inilah masanya untuk anda mulakan.

Jika anda ingin membuat pembayaran untuk sebuah rumah, bayaran yuran kolej untuk anak-anak anda, membeli sebuah kereta, melancong atau apa-apa sahaja maka itulah matlamat anda dan alasan untuk melakukan penjimatan dengan merancang bajet pada keadaan kewangan sekarang.

Saya harap informasi yang dikongsikan ini sedikit sebanyak membuka minda anda untuk terus merancang bajet anda. Terima kasih.





Sunday 2 October 2011

Asas Penjimatan Wang

Pada pandangan saya "WANG" dalam era ini adalah sebagai "Keperluan terbaik yang melanda kehidupan harian". Kehidupan lebih cenderung kepada mustahil atau sukar diteruskan tanpa wang. Wang adalah penting untuk meneruskan kehidupan. Pernah saya terdengar seseorang berkata "Ulat dalam batu pun boleh hidup". Saya terfikir juga "Kenapa ulat yang perlu disamakan dengan manusia yang mempunyai aqal dan fikiran ?" Adakah Allah sengaja memilih kita sebagai khalifah dimuka bumi yang luas ini ? Baiklah saudara-saudari pembaca, bukan topik ulat dalam batu yang saya ingin kongsikan. Apa yang saya ingin kongsikan adalah garis panduan yang berkesan untuk asas menyimpan wang.

Pengurusan kewangan jarang dianggap penting oleh kebanyakan orang. Ramai di antara kita hari ini harus dinasihati agar perlu berhati-hati ketika melakukan perbelanjaan. Ini adalah kerana harga pasaran sekarang melambung tinggi dengan kos kehidupan yang membebankan dan pendapatan yang diperolehi pula adalah terhad. Tetapi jika kita bertekad dan sentiasa berfikir 'di mana ada kemahuan, di situ ada jalan' pasti ia satu permulaan yang positif. Jika anda bertekad untuk menyimpan wang yang perolehi, sepatutnya anda perlu menukar diri anda kepada individu yang bijak berbelanja.

Teknik yang paling penting untuk lebih penjimatan adalah menyediakan anggaran bulanan ataupun bajet anda. Ini akan membantu anda dalam mengurus perbelanjaan anda di sepanjang bulan. Tetapi jika hanya semata-mata merancang bajet sahaja pun ia tidak memadai. Ada beberapa perkara-perkara asas yang perlu dipatuhi. Jadi, cuba fokus dan berdisiplin untuk berpegang kepada bajet anda. 

1) Membeli-belah daripada kupon disifatkan sebagai satu daripada cara yang efektif penjimatan wang. Kupon adalah baucer hadiah yang kebiasaannya diiklankan dalam akhbar harian, majalah, di kedai-kedai dan juga internet. Mereka menyediakan pelbagai tawaran lumayan sebagai contoh 40% penjimatan makan malam di sebuah restoran pada tarikh tertentu dan seumpama dengannya. Melalui cara ini anda boleh menyimpan wang yang telah dijimatkan melalui perbelanjaan cara ini. 

2) Berjimat cermat dalam menggunakan kad kredit anda. Walaupun kad kredit bertindak sebagai bank dalam poket anda, ia datang dengan kadar faedah yang agak besar. Inilah kelemahan yang paling ketara menggunakan kad kredit tanpa memikirkan kesan daripada penggunaannya.

3) Cuba membeli-belah semasa musim jualan. Ia adalah masa yang terbaik apabila anda boleh mendapatkan barangan bernilai RM100 hanya pada harga RM80 ataupun RM50. Jadi, jangan lepaskan peluang merebut manfaat musim jualan.

4) Elakkan membeli-belah secara berulang. Ini sebenarnya bukanlah cara bijak untuk membeli-belah secara berulang kerana setiap kali anda pergi ke pasar, anda akan membelanjakan wang untuk perjalanan seperti minyak, tambang teksi dan lain-lain. Selain itu juga harus diingat bahawa harga pasaran akan terus naik. Barang berharga yang bernilai RM45 hari ini mungkin menjadi RM50 menjelang akhir bulan ini. Oleh itu, apabila anda membeli-belah, terutamanya barangan seperti bahan makanan di kedai-kedai atau hyper market, perlulah membeli seberapa banyak yang diperlukan. Lakukan pembelian barangan yang lebih sedikit daripada yang diperlukan. Ini juga boleh menjimatkan wang anda daripada perkara-perkara pembaziran yang lain.

5) Jangan membiasakan diri makan makanan ringan di luar. Ini bukan sahaja akan mengosongkan poket anda tetapi boleh juga membahayakan kesihatan anda.

6) Dapatkan insurans perubatan. Ia akan memudahkan anda mendapat rawatan dalam jumlah yang diperlukan disaat menghadapi masalah kesihatan yang tidak diingini.

7) Jualan gudang akhir tahun juga boleh menjadi satu idea yang baik untuk membuat penjimatan dari perkara-perkara yang tidak diingini di dalam rumah anda.

8) Satu lagi cara yang baik untuk menjimatkan wang anda adalah membuat pelaburan. Lakukan pelaburan jangka panjang seperti melabur untuk harta, tanah, saham, amanah dan sebagainya.

9) Jimatkan bil elektrik dan bil telefon anda. Jangan sediakan bilik anak-anak anda dengan TV serta sambungan telefon secara berasingan kepada mereka. Pastikan hanya satu set televisyen dan sambungan telefon di ruang tamu anda. Ini membolehkan anda untuk sentiasa memeriksa jumlah penggunaan kepada alat-alat tersebut. Anda boleh memperuntukkan penjimatan ini dengan melakukan sesuatu perkara yang lain.

Selain daripada itu mungkin terdapat banyak cara lain untuk mengurus serta menjimatkan alliran tunai anda. Apa yang anda perlu lakukan adalah untuk terus berhati-hati, berpandangan jauh serta selamatkan hak kewangan anda.

Semoga info ini memberi sedikit manfaat kepada anda dan seterusnya anda dapat melakukan simpanan dengan asas penjimatan yang diterangkan di atas.Sampai jumpa lagi untuk perkongsian yang lain. Terima kasih.



Saturday 1 October 2011

Hutang Kad Kredit..3 Langkah Untuk Menyelesaikannya

Kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai hutang kad kredit yang terlalu banyak. Kita dah banyak mendengarkannya sebelum ini kan ? Memiliki hutang kad kredit yang terlalu banyak boleh menyebabkan hidup kita menjadi tertekan jika tidak dapat menyelesaikannya. Mengikut laporan daripada Berita Harian Online dalam laporannya yang bertarikh pada 24 July 2010 menyatakan 10 juta pengguna kad kredit dilaporkan mempunyai tunggakan lebih RM24.4 billion. Ini amat merisaukan kita semua walaupun ia laporan dari tahun lepas. Untuk membaca laporan penuh berita tersebut sila klik di sini.

Bagaimanapun saya berharap ia tidaklah sampai pihak pemiutang menfailkan bankrap kepada kita. Satu perkara yang perlu anda ingati adalah pihak pemiutang sebenarnya sangat bersedia untuk bekerjasama dengan anda. Pada pandangan mereka adalah lebih baik ada pembayaran dilakukan daripada pihak penghutang daripada tidak membayar lansung. Betul tak ? Jadi pada post kali ini saya ingin kongsikan kepada anda 3 langkah bagaimana untuk menyelesaikan hutang kad kredit.

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah menghubungi pihak pemiutang anda dan biarkan mereka tahu situasi sebenar anda. Berbincang dan mohon untuk kadar faedah yang lebih rendah ataupun pelan pembayaran balik. Anda mungkin tidak terfikir bahawa cara ini boleh dilakukan dan ia adalah satu strategi yang baik jika dilakukan dengan bersopan ketika berunding dengan pihak pemuitang anda. Sopan, tetapi tegas. Jika anda tidak pasti untuk melakukannya, anda boleh mempertimbangkan untuk mendapat perkhidmatan kaunseling kredit seperti AKPK. Terdapat banyak lagi organisasi besar diluar sana dan misinya adalah untuk membantu anda menguruskan hutang anda.

Langkah seterusnya adalah anda perlu berhenti menggunakan kad kredit anda. Potong kad kredit anda, membekukan kad dalam peti ais (boleh cuba) atau apa sahaja cara untuk menghalang anda mengambilnya keluar daripada dompet ataupun beg tangan anda. Anda dilarang untuk terus menambah hutang. Memotong kad kredit anda adalah satu cara yang paling sukar dan percayalah ia memang berbaloi. Langkah ini boleh menghalang ketagihan anda berbelanja menggunakan kad kredit.

Langkah terakhir adalah membuat pembayaran dengan kadar faedah tertinggi tertinggi dahulu dan berusahalah ke arah itu. Bagaimana cara untuk anda melakukannya ? Mudah sahaja tumpukan untuk pembayaran pada kadar faedah yang tinggi dengan cara membayar lebih daripada baki minimum setiap bulan. Pembayaran minimum ini diwujudkan supaya pihak penghutang lebih lama berhutang dengan pihak pemiutang. Percayalah bahawa syarikat kad kredit adalah satu perniagaan dan inilah cara mereka membuat keuntungan supaya anda membayar mereka pada jangka masa bertahun-tahun bersama mereka. Walaupun pembayaran anda lebih sedikit daripada tahap minimum ia tetap satu perbezaan besar untuk jangka masa panjang.

Akhir sekali, saya nasihatkan kepada anda disiplinkan diri anda dan mula memperbaiki sikap anda supaya menjadi lebih baik. Ramai yang telah berjaya mengurangkan kad kredit mereka dengan mengikuti langkah-langkah yang digariskan di atas. Saya yakin anda juga boleh melakukannya. Semoga berjaya.

Jumpa lagi untuk perkongsian yang seterusnya.

Kredit gambar : FairLoanRate.com