Tuesday 27 September 2011

Asas Penetapan Matlamat Hidup - Cakap Senang, Buat pun Senang


Asas menetapkan matlamat adalah satu rahsia terbuka yang biasa dikenali dari kalangan atlet berkaliber, peniaga yang berjaya dan semua jenis kejayaan melalui suatu bidang yang berbeza. Penetapan matlamat memberikan anda motivasi jangka pendek dan jangka panjang. Ia dapat membantu anda menetapkan fokus untuk mendapat pengetahuan serta membantu merancang serta mengatur langkah-langkah yang sesuai supaya anda boleh mencapai sesuatu yang terbaik dalam hidup anda.

Penetapan matlamat jangka panjang dan jangka pendek yang jelas membolehkan anda untuk mengukur tahap kemajuan anda dan mencapai kepuasan peribadi apabila anda telah berjaya mencapai matlamat anda kelak. Kenal pasti carta kemajuan anda agar dapat melihat tahap yang telah dicapai dan kaitkan dengan matlamat sebenar anda. Ini adalah cara untuk menghindari permasalahan hilang fokus dengan melakukan perkara yang sia-sia bagi mencapai matlamat anda. Tahap kecekapan dan keyakinan diri juga akan bertambah baik kerana anda sedar tentang keupayaan anda untuk mencapai matlamat.

Asas menetapkan matlamat akan melibatkan banyak keputusan yang perlu dibuat berkaitan dengan kehidupan peribadi dan apakah matlamat jangka panjang dan jangka pendek yang bakal dilakukan. Kemudian anda perlu memecahkan matlamat kepada sasaran yang lebih kecil dan terurus bagi melengkapkan cara untuk mencapai sasaran sepanjang hidup anda. Setelah anda mempunyai senarai, anda tidak akan membuang masa untuk mencapai sasaran anda.

Cara yang baik untuk mempunyai senarai terurus adalah dengan menetapkan matlamat harian dan mingguan. Melalui cara ini, anda akan sentiasa berada dalam kedudukan yang berterusan ke arah matlamat anda. Setiap perkara yang dilakukan memberi anda peluang untuk memenuhi matlamat tertentu bagi mencapai kejayaan.

Berikut adalah beberapa faktor yang boleh diambil kira bagi menetapkan matlamat.

1) Sikap memainkan peranan yang sangat besar dalam menetapkan dan mencapai matlamat anda. Anda perlu tanya diri anda adakah ada mana-mana tingkah laku negatif yang bakal menghalang anda untuk mencapai matlamat anda ? Jika anda mempunyai masalah sikap ini, maka anda perlu segera menanganinya.

2) Kerjaya adalah sesuatu yang bersandarkan pengurusan masa yang baik. Kegagalan dalam kerjaya sering dikaitkan dengan pengurusan masa yang tidak sempurna. Rancang sejauh mana yang anda mahu tuju dalam kerjaya anda.

3) Pendidikan ataupun ilmu adalah penting untuk mencapai matlamat anda. Jika matlamat yang anda tetapkan memerlukan anda mempunyai ijazah tertentu atau memerlukan pengkhususan dan kemahiran tertentu, maka buatlah perancangan untuk mendapatkan pendidikan yang sesuai.

4) Keluarga juga tidak harus ketinggalan dalam rancangan anda. Jika anda baru bermula, maka anda perlu membuat keputusan ingin menjadi seorang ibu bapa yang mementingkan kebahagian keluarga.

5) Situasi kewangan peribadi juga memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat anda. Tetapkan matlamat yang realistik untuk berapa banyak wang yang ingin anda perolehi. Anda juga mesti berupaya untuk melakukan perancangan bagi mencapai potensi pendapatan untuk anda.

Untuk mencapai matlamat seumur hidup, disarankan tetapkan matlamat untuk 5 tahun akan datang, kemudian dikecilkan untuk setahun akan datang, tetapkan perancangan untuk 6 bulan, bulanan, mingguan dan harian.

Kemudian lakukan setiap perancangan yang ditetapkan.

Sentiasa bersedia melakukan kajian semula rancangan untuk suatu perkara diluar jangkaan.

Asas penetapan matlamat hidup tidak menjadi sukar jika anda biasa melakukannya dari masa ke semasa.

Selamat mencuba.







Penulis suka berkongsi informasi bermanfaat kepada semua pembaca budiman. Seorang usahawan internet separuh masa yang mengimpikan kehidupan yang bebas dari hutang. Semoga maklumat dalam blog ini memberi manfaat kepada anda. Sila LIKE dan SHARE sekiranya informasi blog ini membantu anda. Terima kasih.

Comments


EmoticonEmoticon